Laporan November - Mudahnya Berniaga Tudung Printed Jenama Sendiri Dan Dashboard Komuniti (My Shop)

Tarikh : 21-11-2018
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi : Studio TRS Sandakan
Peserta : 15 orang
Tujuan 
e-Usahawan merupakan 1 peluang dan program untuk usahawan meningkatkan taraf ekonomi perniagaan masing-masing dalam setiap bidang yang di cubori. program ini dihadiri oleh 15 orang peserta komuniti pusat internet yang hadir. Tujuan utama adalah untuk belajar lebih mengetahui tentang pemasaran,promosi dan dashboard komuniti,sambil petugas PI juga mengajar cara pengguna dashboard komuniti kategori my shop yg berkaitan dengan e-usahawan.para peserta juga dapat menambah ilmu pengetahuan untuk mengeluarkan produk jenama sendiri.
   
Aktiviti 
Para peserta diajar mengenai pengenalan dashboard komuniti dan ICT berdasarkan modul yang diberi oleh tenaga pengajar. Sesi pembelajaran ini dibahagikan kepada 2 sesi pada setiap kelas yang diberi. Para peserta perlu membuat latihan amali bagi setiap latihan di dalam panduan tersebut. Begitulah seterusya bagi jurusan yang berikutnya.

Gambar Disini