Daerah Kinabatangan telah menyaksikan pelbagai perubahan dalam sejarah kewujudannya. Menurut sumber tertentu, Kuala Kinabatangan mula berkembang selepas diduduki oleh kaum Sungai, Suluk dan Simunol sebelum 1881. Syarikat Berpiagam Borneo Utara secara rasminya menjadikan Kinabatangan sebagai daerah pentadbiran pada 1905. Pusat pentadbiran pada ketika itu adalah di Lamag. Pemindahan pusat  pentadbiran ini ke Bukit Garam dan akhirnya ke pekan Kota Kinabatangan berlaku ekoran banjir yang sering melanda.

map1

 Pekan Kota Kinabatangan yang merupakan pusat pentadbiran daerah  ini terletak di kawasan strategik berhampiran jalan raya utama yang  menghubungi pantai timur dan barat Sabah. Pada masa ini, Kota  Kinabatangan masih bergantung kepada daerah Sandakan dan Lahad  Datu untuk keperluan sosio ekonomi dan sebagainya. Daerah  Kinabatangan, kini dihuni oleh lebih 80 000 orang penduduk .

 Daerah Kinabatangan merupakan Parlimen 187 Kinabatangan di  bawah Kepimpinan YB. Datuk Bung Moktar Bin Haji Radin. Pekan  Kinabatangan juga terletak di bawah Dun N. 47 Kuamut dengan  kepimpian YB Datuk Masiung Banah. Pusat pentadbiran daerah  Kinabatangan terletak di Pekan Kota Kinabatangan atau dikenali  sebagai SEDCO. Sektor IKS terdiri daripada pekebun, penanaman  sawit, peruncit dan lain-lain lagi. Pekan Kinabatangan boleh  dihubungkan dengan menggunakan jalanraya dari Sandakan, Kota    Kinabalu, Lahad Datu dan Tawau.

Kota Kinabatangan bakal menjadi kawasan tumpuan petempatan dan ekonomi utama daerah. Tanah-tanah sekitarnya telahpun diperuntukkan untuk pembinaan infrastruktur seperti Balai Bomba, perkembangan hospital, kawasan perumahan terancang, masjid daerah dan Taman Hutan Simpan yang dirancang di tengah-tengah pekan. Usaha pembangunan ini sedang giat dijalankan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sub-kategori