Laporan Disember - Seminar Food Truck Usahawan Kinabatangan

Tarikh : 12-12-2018
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi : Dewan Sri Lamag Kinabatangan
Peserta : 55 orang
Tujuan 
e-Usahawan merupakan 1 peluang dan program untuk usahawan meningkatkan taraf ekonomi perniagaan masing-masing dalam setiap bidang yang di cubori. program ini dihadiri oleh 55 orang peserta komuniti pusat internet yang hadir. Tujuan utama adalah untuk belajar lebih mengetahui tentang pemasaran,promosi dan dashboard komuniti,sambil petugas PI juga mengajar cara pengguna dashboard komuniti kategori my shop yg berkaitan dengan e-usahawan.para peserta juga dapat menambah ilmu pengetahuan untuk mengeluarkan produk jenama sendiri dan berniaga menggunakan perkhidmatan foodtruck yang disediakan untuk kegunaan perniagaan.
   
Aktiviti 
Para peserta diajar mengenai pengenalan dashboard komuniti dan ICT berdasarkan modul yang diberi oleh tenaga pengajar. Sesi pembelajaran ini dibahagikan kepada 2 sesi pada setiap kelas yang diberi. Para peserta perlu membuat latihan amali bagi setiap latihan di dalam panduan tersebut. Begitulah seterusya bagi jurusan yang berikutnya.

Gambar Disini