PENYAKIT HFMD 

hfmd poster

 

Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia. 
 

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:

  1. tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;
  2. bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
  3. sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;
  4. membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;
  5. memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan
  6. membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.
Sekian, harap maklum.

 

 

 

HOSPITAL KINABATANGAN

 

Pada 1999, selaras dengan kepesatan pembangunan daerah Kinabatangan, Hospital Kinabatangan telah dibina di Pekan Kota Kinabatangan. Ia terletak sejauh 75 km dari Bandaraya Sandakan. Mempunyai keluasan lebih kurang 14.4 hektar. Kawasan bangunan hospital merangkumi 20,430.31 meter persegi dengan kos pembinaan RM23 juta. Hospital ini bukan sahaja berfungsi menggantikan Klinik Kesihatan Bukit Garam yang asal, tapi turut menjadi pusat kesihatan utama penduduk daerah Kinabatangan. Perasmian Hospital Kinabatangan telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 26 Februari 1999. Hospital Kinabatangan mula beroperasi pada 17 Julai 1999.


Selain dari Hospital Kinabatangan kemudahan kesihatan Kinabatangan kini meliputi sebuah Klinik Ibu dan Anak, 4 buah Klinik Kesihatan, 7 buah klinik desa, sebuah klinik pergigian dan 2 buah klinik swasta. Kemudahan ini disediakan untuk 86 763 orang penduduk daerah ini dengan nisbah 1 doktor untuk setiap 18 000 pesakit.


Hospital Kinabatangan dilengkapi dengan 68 buah katil yang dibahagikan kepada 3 wad utama. Terdapat Wad Lelaki, Wanita dan Kanak-kanak serta Obstetrik dan Ginekologi. Perkhidmatan perubatan diberikan untuk pesakit luar, dalam dan kecemasan. Sungguhpun tiada rawatan pakar, Hospital Kinabatangan menerima lawatan pakar dari Hospital Duchess of Kent di Sandakan dan Hospital Lahad Datu mengikut tempoh 3 ke 4 bulan. Sebarang kes kecemasan yang memerlukan perhatian pakar akan dirujuk segera ke kedua-dua hospital tersebut dengan kemudahan ambulans yang disediakan.

 

 

 

 

 

PEJABAT KESIHATAN DAERAH KINABATANGAN

(Unit Inspektorat)

 

Pejabat Kesihatan Daerah Kinabatangan terletak lebih kurang 93 KM dari Pejabat Kesihatan 
Kawasan Sandakan.  Pejabat  ini mula dirasmikan pada 02 Julai 1994 oleh Y.B Datuk Mohd Salleh 
Bin Tun Datuk Haji Mohamad Said,PGDK , Timbahan Ketua Menteri, Merangkap Menteri 
Kewangan Negeri Sabah . Pejabat ini masih dibawah PTJ Pejabat Kesihatan Kawasan Sandakan,
iaitu Pegawai Kesihatan Kawasan Sandakan, Dr. Hj. Mohd Yusof Hj. Mashod dari aspek pengurusan 
dan operasi kerana Pejabat ini belum mempunyai Pegawai Kesihatan sendiri. Pada masa ini, Pejabat 
Kesihatan diketuai oleh seorang Pen. Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan U32 iaitu En. Madsiral 
Langarai. Berikut adalah senarai Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan yang pernah
menjaga Pejabat Kesihatan Daerah Kinabatangan dari tahun mula beroperasi.

Bil

Nama Pegawai

Tempoh Berkhidmat

1

En. John Katius

1994

2

En. James Philip Suladi

1994 ~ 1999

3

En. Agusti Aras

2000 ~ 2007

4

En. Madsiral Langarai

2007 ~ Sekarang

Setakat ini terdapat 4 Pegawai yang diberi tanggungjawap untuk menjaga dan menyelia aktiviti 
Unit Inspektorat khasnya Kesihatan Awam di Pejabat Kesihatan Daerah Kinabatangan, dan 
telah banyak membawa perubahan positif seiring dengan keperluan semasa.

 

KEMUDAHAN ANGGOTA PEJABAT KESIHATAN (UNIT INSPEKTORAT)

  •      Pejabat Kesihatan
  •      Rumah Kediaman Anggota
  •      Bilik Stor
  •      Kenderaan
  •      Bilik KMAM
  •      Pusat Sub Sektor

1.      PEJABAT KESIHATAN.

Pejabat Kesihatan terletak di tingkat 2, di bangunan bahagian hadapan di kawasan 
Hospital Kinabatangan. Gambar di bawah menunjukan kedudukan Pejabat Kesihatan tersebut.






1.      RUMAH KEDIAMAN ANGGOTA

Terdapat 29 unit rumah kakitangan kesihatan yang disediakan untuk kemudahan kediaman.
Gambar di bawah menunjukan kemudahan kediaman tersebut.

BIL.

JENIS RUMAH KEDIAMAN

REKBENTUK KEDIAMAN

JUMLAH PINTU

 ( UNIT )

 
 

1.

KELAS  1 - 

   JKR 11386  DAN

   JKR 11387

SATU BERASINGAN

2 UNIT

 

2.

KELAS  11 –

JKR 11388 ,

JKR  11389  DAN 

JKR 11390

SATU BERASINGAN

3 UNIT

 

3.

KELAS  G  -

BLOK  A , JKR  11383 ,

BLOK  B , JKR  11384  DAN BLOK  C , JKR  11395

RUMAH PANGSA

24  UNIT

 

JUMLAH

29 UNIT

 



1.      BILIK STOR

Bilik Stor yang digunakan oleh unit B.A.K.A.S dan Unit R.K.P.B.V juga disediakan 
untuk memudahkan penyimpanan dan penyusunan peralatan yang dibekalkan oleh 
Ibu Pejabat untuk melaksanakan projek-projek semasa dan tindakan kawalan. 
Gambar  di bawah menunjukan stor tersebut.