Usahawan Kontraktor Binaan

NAMA: Majid Bin Karim

NAMA SYARIKAT/PERNIAGAAN: Kontraktor Binaan

Seorang Usahawan perantau yang mencari rezeki demi keluarga,beliau juga telah menetap di kinabatangan sentiasa berusaha mencari peluang tander kerajaan dan lain-lain.

 

PENGLIBATAN KONTRAKTOR DALAM PUSAT INTERNET 

SEBELUM

Dulu sebelum menggunakan perkhidmatan pusat internet saya sebagai kontraktor memang susah dapat maklumat yang di salurkan oleh jabatan berkenaan tander dan sebagainya. Apabila saya ingin buat pembahruan lesen akan memerlukan tenaga orang tengah untuk berurusan. Boleh dikatakan setiap pengurusan saya buat amat sulit dan terpaksa ulang alik kota kinabatangan ke kota kinabalu serta kos yang saya guna amat tinggi.

SELEPAS

Syukur Alhamdulillah dengan adanya pusat internet di kg mudahlah kerja saya untuk melayari internet bagi tujuan maklumat tander. kerajaan atau jabatan yang terlibat akan mengiklankan setiap maklumat berkenaan dalam web masing-masing untuk kontraktor mengikuti tander daripada MOF. Manakala pembaharuan lesen juga boleh dilakukan sendiri melalui web jabatan tersebut. Selain itu juga,kontraktor juga boleh buat perbandingan harga barang projek kerana pembekal / peniaga banyak mengiklankan barang mereka melalui internet. Selain itu juga,kontraktor dapat menjimatkan kos dan tenaga untuk berurusan di luar. Saya sebagai kontraktor amat bersyukur dengan adanya pusat internet ini dapat memberi pendedahan kepada kontraktor yang buta IT banyak perkara yang dapat dipelajari dalam pusat internet.