Usahawan Food Truck

NAMA: Joardy bin mardeko

NAMA SYARIKAT/PERNIAGAAN: Siti Foods

FB :https://www.facebook.com/sitifoods

ig : @sitifoods

whatsapp : +60169956387

Usahawan muda dan sentiasa mencari peluang demi masa hadapan keluarga dan ekonomi.

 

PENGLIBATAN KONTRAKTOR DALAM PUSAT INTERNET 

SEBELUM

Saya seorang anak jati kinabatangan yang berasal dari kg sinar jaya hanya berniaga menjual pelbagai burger dan sebagainya. Sebelum saya mula melibatkan diri dalam pusat internet,saya hanya mempromosikan setiap hasil burger saya bermula dengan gerai kaki lima sahaja. Mencari bahan burger pun atau resepi memang agak susah dan tidak tahu tentang teknologi tambahan line telefon atau internet area rumah amat susah.

SELEPAS

Alhamdulillah dengan adanya pusat internet di kg mudahlah kerja saya untuk melayari internet bagi tujuan mencari resepi burger dan sebagainya. Banyak penglibatan saya ikuti dalam pusat internet seperti dashboard komuniti ( my shop ) disini saya diajar bagaimana nak upload produk dan memasarkan perniagaan dalam talian dashboard komuniti. pelbagai aktiviti yang saya dapat dan idea baru untuk mengembangkan lagi perniagaan yang saya coburi.Pusat internet juga banyak membantu saya menjadi usahawan yang berkelibar dan bersemangat untuk menjana ekonomi keluarga. Saya juga banyak menggunakan internet untuk mempelbagaikan lagi produk yang lebih berkualiti. Kini saya telah banyak menerima tempahan yang begitu lumayan setiap bulan selepas penglibatan dalam pusat internet rezeki datang tanpa diduga. Kini,saya telah berniaga hanya menggunakan kenderaan FOOD TRUCK lebih senang dan mudah untuk mengikuti pasar tamu setiap hujung minggu dan berniaga setiap hari. Terima kasih kepada staf pusat internet yang banyak mengajar saya dalam pemasaran dan juga penggunaan IT.