Usahawan Fyra Licious Cake House

NAMA: Marwisa Binti Taha

NAMA SYARIKAT/PERNIAGAAN: Fyra Licious Cake House

FB PAGE:https://www.facebook.com/marwisa.taha

PENGLIBATAN ICT DALAM PUSAT INTERNET 

SEBELUM

Saya seorang suri rumah yang hanya berniaga menjual pelbagai kek,bun,biskut raya dan sebagainya melalui rumah sahaja dan online. Sebelum saya mula melibatkan diri dalam pusat internet,saya hanya mempromosikan setiap hasil kek melalui Facebook sahaja dan COD area sandakan,kinabatangan,lahad datu. Mencari bahan Kek pun atau resepi memang agak susah dan tidak tahu tentang teknologi tambahan line telefon atau internet area rumah amat susah hanya E sahaja.

SELEPAS

Alhamdulillah dengan adanya pusat internet di kg mudahlah kerja saya untuk melayari internet bagi tujuan mencari resepi kek,biskut raya,bun dan sebagainya. Banyak penglibatan saya ikuti dalam pusat internet seperti dashboard komuniti ( my shop ) disini saya diajar bagaimana nak upload produk dan memasarkan perniagaan dalam talian dashboard komuniti. pelbagai aktiviti yang saya dapat dan idea baru untuk mengembangkan lagi perniagaan yang saya coburi.Pusat internet juga banyak membantu saya menjadi usahawan yang berkelibar dan bersemangat untuk mengkukuhkan ekonomi keluarga. Saya juga banyak menggunakan internet untuk mempelbagaikan lagi produk yang lebih berkualiti. Kini saya telah banyak menerima tempahan yang begitu lumayan setiap bulan selepas penglibatan dalam pusat internet rezeki datang tanpa diduga. terima kasih kepada staf pusat internet yang banyak mengajar saya dalam pemasaran dan juga penggunaan IT.