Usahawan Tudung Jenama Sendiri

NAMA: Mastina Hi Masir

NAMA SYARIKAT/PERNIAGAAN: Butik LAIQA Exclusive

FB PAGE:https://www.facebook.com/mas.tina.masir  

Founder LAIQA

PENGLIBATAN ICT DALAM PUSAT INTERNET 

SEBELUM

saya seorang kakitangan kerajaan dimana saya bekerja di kemas putatan kota kinabalu sabah,kerja partime saya buat adalah membuka butik sendiri dan salah satu founder LAIQA jenama tudung sendiri.sebelum ini penglibatan saya hanya di media sosial sahaja tidak ada promosi dari mana pihak yang berkenaan.saya juga buat kelas atau seminar kepada para wanita untuk memulakan perniagaan dari modal kecil sahaja.

SELEPAS

Alhamdulillah dengan adanya pusat internet di kg mudahlah kerja saya untuk melayari internet bagi tujuan mencari idea untuk keluaran terbaru LAIQA dan sebagainya. Banyak penglibatan saya ikuti dalam pusat internet seperti dashboard komuniti ( my shop ) disini saya diajar bagaimana nak upload produk dan memasarkan perniagaan dalam talian dashboard komuniti. pelbagai aktiviti yang saya dapat dan idea baru untuk mengembangkan lagi perniagaan yang saya coburi.Pusat internet juga banyak membantu saya menjadi usahawan yang berkelibar dan bersemangat untuk mengkukuhkan ekonomi keluarga. Saya juga banyak menggunakan internet untuk mempelbagaikan lagi produk yang lebih berkualiti. Kini saya telah banyak menerima tempahan yang begitu lumayan setiap bulan selepas penglibatan dalam pusat internet rezeki datang tanpa diduga. terima kasih kepada staf pusat internet yang banyak mengajar saya dalam pemasaran dan juga penggunaan IT.