Celik IT

NAMA: SITI AISYAH BINTI GAPAR

Lepasan STPM

 

PENGLIBATAN KONTRAKTOR DALAM PUSAT INTERNET 

SEBELUM

saya seorang lepasan SPM,sebelum ini hanya duduk rumah tak buat apa-apa. Terfikir ingin melanjutkan pelajaran sampai ke menara gading untuk penggunaan komputer atau internet memang agak susah di area rumah.

SELEPAS

penglibatan saya dalam pusat internet mengikuti setiap kali kelas ICT yang di anjurkan pusat internet. Dimana saya mengambil peluang mengisi borang universiti melalui web tersebut dengan no pin yang didapati BSN. Banyak faedah yang dipelajari di pusat internet dan kemahiran yang kita perolehi. Terima kasih saya ucapkan kepada staf pusat internet yang banyak membantu saya dalam ICT ilmu bukan setakat SPM sahaja tapi di pusat internet lebih banyak info yang saya ketahui iaitu tentang keselamatan laman sosial dan sebagainya.

 

Usahawan Kontraktor

NAMA: YUNUS AMIT

NAMA SYARIKAT/ PERNIAGAAN: MEDAN ALYA ENTERPRISE

JENIS PERNIAGAAN: KONTRAKTOR AM DAN KEJURUTERAAN AM & BEKALAN DAN PERKHIDMATAN

 

PENGLIBATAN KONTRAKTOR DALAM PUSAT INTERNET 

SEBELUM

Dulu sebelum menggunakan perkhidmatan pusat internet saya sebagai kontraktor memang susah dapat maklumat yang di salurkan oleh jabatan berkenaan tander dan sebagainya. Apabila saya ingin buat pembahruan lesen akan memerlukan tenaga orang tengah untuk berurusan. Boleh dikatakan setiap pengurusan saya buat amat sulit dan terpaksa ulang alik kota kinabatangan ke kota kinabalu serta kos yang saya guna amat tinggi.

SELEPAS

Syukur Alhamdulillah dengan adanya pusat internet di kg mudahlah kerja saya untuk melayari internet bagi tujuan maklumat tander. kerajaan atau jabatan yang terlibat akan mengiklankan setiap maklumat berkenaan dalam web masing-masing untuk kontraktor mengikuti tander daripada MOF. Manakala pembaharuan lesen juga boleh dilakukan sendiri melalui web jabatan tersebut. Selain itu juga,kontraktor juga boleh buat perbandingan harga barang projek kerana pembekal / peniaga banyak mengiklankan barang mereka melalui internet. Selain itu juga,kontraktor dapat menjimatkan kos dan tenaga untuk berurusan di luar. Saya sebagai kontraktor amat bersyukur dengan adanya pusat internet ini dapat memberi pendedahan kepada kontraktor yang buta IT banyak perkara yang dapat dipelajari dalam pusat internet.

 

Usahawan Kek viral

NAMA: HADIZAH BINTI LAHI

NAMA SYARIKAT/PERNIAGAAN: D'BUNDA BAKING

FB PAGE:https://www.facebook.com/hadiza.lahi 

 

PENGLIBATAN KONTRAKTOR DALAM PUSAT INTERNET 

SEBELUM

Saya seorang ibu tunggal yang hanya berniaga menjual pelbagai kek,bun,biskut raya dan sebagainya. Sebelum saya mula melibatkan diri dalam pusat internet,saya hanya mempromosikan setiap hasil kek melalui Facebook sahaja dan COD area sandakan,kinabatangan,lahad datu. Mencari bahan Kek pun atau resepi memang agak susah dan tidak tahu tentang teknologi tambahan line telefon atau internet area rumah amat susah hanya E sahaja.

SELEPAS

Alhamdulillah dengan adanya pusat internet di kg mudahlah kerja saya untuk melayari internet bagi tujuan mencari resepi kek,biskut raya,bun dan sebagainya. Banyak penglibatan saya ikuti dalam pusat internet seperti dashboard komuniti ( my shop ) disini saya diajar bagaimana nak upload produk dan memasarkan perniagaan dalam talian dashboard komuniti. pelbagai aktiviti yang saya dapat dan idea baru untuk mengembangkan lagi perniagaan yang saya coburi.Pusat internet juga banyak membantu saya menjadi usahawan yang berkelibar dan bersemangat untuk mengkukuhkan ekonomi keluarga. Saya juga banyak menggunakan internet untuk mempelbagaikan lagi produk yang lebih berkualiti. Kini saya telah banyak menerima tempahan yang begitu lumayan setiap bulan selepas penglibatan dalam pusat internet rezeki datang tanpa diduga. terima kasih kepada staf pusat internet yang banyak mengajar saya dalam pemasaran dan juga penggunaan IT.