Celik IT

Nama : Jimmy Yogen Mohd Rizwan

Seorang lepasan SPM,mencari peluang pekerjaan dan pengalaman dalam penggunaan komputer.

PENGLIBATAN KONTRAKTOR DALAM PUSAT INTERNET 

SEBELUM

saya seorang lepasan SPM,sebelum ini hanya duduk rumah tak buat apa-apa. Terfikir ingin melanjutkan pelajaran sampai ke menara gading untuk penggunaan komputer atau internet memang agak susah di area rumah. 

SELEPAS

penglibatan saya dalam pusat internet mengikuti setiap kali kelas ICT yang di anjurkan pusat internet. Dimana saya mengambil peluang mengisi borang universiti melalui web tersebut dengan no pin yang didapati BSN. Banyak faedah yang dipelajari di pusat internet dan kemahiran yang kita perolehi. Terima kasih saya ucapkan kepada staf pusat internet yang banyak membantu saya dalam ICT ilmu bukan setakat SPM sahaja tapi di pusat internet lebih banyak info yang saya ketahui iaitu tentang keselamatan laman sosial dan sebagainya.

 

Usahawan Perkhidmatan Service Aircond Kinabatangan

NAMA: Mohd Rahmat

NAMA SYARIKAT/PERNIAGAAN:  Aircond Service Kinabatangan 

FB : https://www.facebook.com/aircondservis.kinabatangan

Beliau adalah seorang usahawan membuat kerja-kerja pemasangan dan service aircond rumah dan pejabat.

 

PENGLIBATAN KONTRAKTOR DALAM PUSAT INTERNET 

SEBELUM

Dulu sebelum menggunakan perkhidmatan pusat internet saya sebagai kontraktor memang susah dapat pelanggan dari mana-mana jabatan. Pelbagai cara saya cuba untuk kembangkan perniagaan perkhidmatan service Aircond sering kali gagal dan tiada sambutan pendapatan pun kurang RM1000.

SELEPAS

Syukur Alhamdulillah dengan adanya pusat internet mudahlah kerja saya untuk melayari internet bagi tujuan mempromosikan perkhidmatan saya di laman media,blog dan sebagainya. Kini saya sering kali dapat job dari jabatan dan luar daerah. Bagi saya satu rezeki yang tidak dapat duga,sehingga saya menjana pendapatan atas RM5000 dalam sebulan. Saya juga amat berterima kasih kepada pihak Pusat Internet yang banyak mengajar dan memberi tunjuk ajar dalam bidang ICT. 

 

Celik IT

Nama : Noranah binti Afmad

Seorang lepasan SPM,mencari peluang pekerjaan dan pengalaman dalam penggunaan komputer.

 

PENGLIBATAN KONTRAKTOR DALAM PUSAT INTERNET 

SEBELUM

saya seorang lepasan SPM,sebelum ini hanya duduk rumah tak buat apa-apa. Terfikir ingin melanjutkan pelajaran sampai ke menara gading untuk penggunaan komputer atau internet memang agak susah di area rumah.

SELEPAS

penglibatan saya dalam pusat internet mengikuti setiap kali kelas ICT yang di anjurkan pusat internet. Dimana saya mengambil peluang mengisi borang universiti melalui web tersebut dengan no pin yang didapati BSN. Banyak faedah yang dipelajari di pusat internet dan kemahiran yang kita perolehi. Terima kasih saya ucapkan kepada staf pusat internet yang banyak membantu saya dalam ICT ilmu bukan setakat SPM sahaja tapi di pusat internet lebih banyak info yang saya ketahui iaitu tentang keselamatan laman sosial dan sebagainya.

 

Usahawan Food Truck

NAMA: Joardy bin mardeko

NAMA SYARIKAT/PERNIAGAAN: Siti Foods

FB :https://www.facebook.com/sitifoods

ig : @sitifoods

whatsapp : +60169956387

Usahawan muda dan sentiasa mencari peluang demi masa hadapan keluarga dan ekonomi.

 

PENGLIBATAN KONTRAKTOR DALAM PUSAT INTERNET 

SEBELUM

Saya seorang anak jati kinabatangan yang berasal dari kg sinar jaya hanya berniaga menjual pelbagai burger dan sebagainya. Sebelum saya mula melibatkan diri dalam pusat internet,saya hanya mempromosikan setiap hasil burger saya bermula dengan gerai kaki lima sahaja. Mencari bahan burger pun atau resepi memang agak susah dan tidak tahu tentang teknologi tambahan line telefon atau internet area rumah amat susah.

SELEPAS

Alhamdulillah dengan adanya pusat internet di kg mudahlah kerja saya untuk melayari internet bagi tujuan mencari resepi burger dan sebagainya. Banyak penglibatan saya ikuti dalam pusat internet seperti dashboard komuniti ( my shop ) disini saya diajar bagaimana nak upload produk dan memasarkan perniagaan dalam talian dashboard komuniti. pelbagai aktiviti yang saya dapat dan idea baru untuk mengembangkan lagi perniagaan yang saya coburi.Pusat internet juga banyak membantu saya menjadi usahawan yang berkelibar dan bersemangat untuk menjana ekonomi keluarga. Saya juga banyak menggunakan internet untuk mempelbagaikan lagi produk yang lebih berkualiti. Kini saya telah banyak menerima tempahan yang begitu lumayan setiap bulan selepas penglibatan dalam pusat internet rezeki datang tanpa diduga. Kini,saya telah berniaga hanya menggunakan kenderaan FOOD TRUCK lebih senang dan mudah untuk mengikuti pasar tamu setiap hujung minggu dan berniaga setiap hari. Terima kasih kepada staf pusat internet yang banyak mengajar saya dalam pemasaran dan juga penggunaan IT.

 

Usahawan Kontraktor

NAMA: Nurmeh Japar @ Norhaima

NAMA SYARIKAT/PERNIAGAAN: Fitrah Enterprise

wanita yang berjiwa kental dan aktif dalam perniagaan.

 

PENGLIBATAN KONTRAKTOR DALAM PUSAT INTERNET 

SEBELUM

Dulu sebelum menggunakan perkhidmatan pusat internet saya sebagai kontraktor memang susah dapat maklumat yang di salurkan oleh jabatan berkenaan tander dan sebagainya. Apabila saya ingin buat pembahruan lesen akan memerlukan tenaga orang tengah untuk berurusan. Boleh dikatakan setiap pengurusan saya buat amat sulit dan terpaksa ulang alik kota kinabatangan ke kota kinabalu serta kos yang saya guna amat tinggi.

SELEPAS

Syukur Alhamdulillah dengan adanya pusat internet di kg mudahlah kerja saya untuk melayari internet bagi tujuan maklumat tander. kerajaan atau jabatan yang terlibat akan mengiklankan setiap maklumat berkenaan dalam web masing-masing untuk kontraktor mengikuti tander daripada MOF. Manakala pembaharuan lesen juga boleh dilakukan sendiri melalui web jabatan tersebut. Selain itu juga,kontraktor juga boleh buat perbandingan harga barang projek kerana pembekal / peniaga banyak mengiklankan barang mereka melalui internet. Selain itu juga,kontraktor dapat menjimatkan kos dan tenaga untuk berurusan di luar. Saya sebagai kontraktor amat bersyukur dengan adanya pusat internet ini dapat memberi pendedahan kepada kontraktor yang buta IT banyak perkara yang dapat dipelajari dalam pusat internet.